Friday, 13 July 2012

'tetamu???'


Salam...apa khabar semua??saya harap semua sihat ye...saya baru je habis baca sebuah  buku yang sangat menarik...pada pandangan saya la...buku ni ditulis oleh seorang pendakwah,motivator, dan penulis blog yang sangat terkenal...Ustaz Hasrizal Abdul Jamil...ustaz ni lebih dikenali dengan websitnya iaitu saifulislam.com..kalau tak silap saya ustaz ni pernah bagi ceramah masa minggu MHS kat asasi dulu...kalau x silap la...so,rakan-rakan pasum...cuba flashback balik...bagaimanakah gerangannya rupa ustaz ni..

Buku beliau ni diberi tajuk DI HAMPARAN SHAMROK KUSERU NAMAMU...shamrok tue nama tempat sebenarnya...satu tempat dekat luar Negara la...kalau tak silap kat Ireland..


Dalam buku ni ustaz hasrizal ni menceritakan tentang pengalaman beliau hidup di perantauan...jauh dari tanah tumpahnya darahku dan darahnya...ustaz ni belajar kat Jordan...tapi lepas habis belajar dia tak terus balik Malaysia...dia lepak dulu kat luar Negara...ikut isteri dia yang bekerja sebagai doctor..dia dilantik menjadi imam dan minister of religion kat Belfast islamik centre..satu pertubuhan untuk menjaga komuniti islam di Belfast tue...

Saya tertarik kat satu ungkapan yang ada dalam buku ni...yang diungkapkan oleh seorang ulama’ tersohor..

”Setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu..setiap hari kamu dikunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai kerenah.bukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu.andai kamu menutup pintu,kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin hilang segala-galanya”-Jalaluddin Ar-Rumi.

Tersentap mak nak saya bila baca ungkapan nie..maksudnya sangat la mendalam..seorang ulamak yang hebat mengolah dan mentransformkan teori kehidupan kita didunia nie dalam bentuk kata-kata dan susunan ayat yang sangat indah..yang sangat mudah difahami..
Setiap yang datang dan pergi dalam hidup kita nie diibaratkan tetamu..kalau nak lagi best macam tetamu hari raya..kalau hari raya,especially hari raya pertama..pas solat hari raya tue..mesti ramai tetamu yang datang berkunjung kerumah kita..kat sini kita boleh lihat berbagai-bagai jenis perangai dan kehendak manusia ada..ada yang nak air gas..ada yang tak nak..ada yang nak rendang daging..ada pulak yang nak rendang ayam...kalau macam rumah saya dulu ada tambah rendang arnab ngn rendang itik..banyak jenis rendang yang ada...sampai bila time nak makan tue..tak taw yang mana rendang ayam..yang mana rendang itik..yang mana rendang arnab..semua Nampak sama je..(bab rendang yang banyak ni saya citer lain kali ye)

Tapi,pada masa ni kita rasa menyampah ke dengan tetamu-tetamu yang datang tue??kompom tak kan..yela..hari raya..mesti lagi best kalau ada orang datang rumah kita..dan kita akan berasa sangat la puas bila tengok senyuman mengiringi tetamu tue pulang ke destinasi masing-masing..selepas berziarah ke rumah kita..maknanya kita dapat melayan semua kerenah dan perangai manusia-manusia tadi tue dengan cemerlang dan jayanya...
Tapi,kita kalah dengan perasaan kita bila ‘tetamu-tetamu’ tadi kita tukar pulak kepada segala peristiwa,insiden,ujian,cubaan, dan segala-gala yang mengunjungi hidup kita..termasuk saya jugak..kita mesti cepat mengalah dan cepat rasa down bila sesuatu yang teruk terjadi kat kita..kita mesti rasa sangat sedih bila sesuatu yang menyakitkan berlaku kat kita..kita mesti rasa sangat dukacita bila semua yang kita rancang tak berjalan seperti yang sepatutnya...’tetamu-tetamu’ yang diharapkan datang tak kunjung tiba..malah tetamu tidak diundang pulak yang menyinggah..



kadang-kadang kita berdoa untuk kuat tapi banyak pula dugaan yang datang..kadang-kadang kita minta cerdik tapi masalah pula yang bertandang..kadang-kadang kita minta kebahagiaan tapi huru-hara pula yang menjelang..Namun,dugaan-dugaan inilah yang menjadikan kita kuat..masalah menjadikan kita berfikir..dan huru-hara menjadikan kita tabah dan menghargai aman”

Salah satu ujian yang kita sentiasa tempuh ialah melakukan dosa..tanpa kita sedar,bahawa melakukan dosa juga adalah salah satu bentuk ujian ataupun boleh saya istilahkan sebagai‘tetamu-tetamu’ juga ‘tetamu-tetamu’jahat yang datang dek kerana kelemahan kita memepraktikkan dan menghargai ‘tetamu-tetamu’yang baik..
Saya sendiri sentiasa melakukan dosa..diri siapa yang terlepas dari melakukan kesalahan..hanya nabi saw seorang..bahkan para sahabat pun ada melakukan kesalahan dan kesilapan..Cuma tak ada la buku kat kedai HIMPUNAN KESALAHAN PARA SAHABAT..tak ada jual la..tak ada orang karang pun..

Kita dah mintak ampun dah..tapi,esok lusa kita buat lagi..pastu mintak ampun lagi..pastu buat lagi..sampai malu nak mintak ampun..

Namun,Allah maha pemurah dan penyayang..maha segala-galanya..selepas kita melakukan dosa..kita masih diberi nyawa dan nafas..maknanya Allah masih beri kita peluang dan ruang untuk memohon ampun kepadaNya..Dia masih lagi sayangkan kita..Dia masih nak kita menjadi baik..dan terus menjadi baik..

Ya Allah,aku berlindung di bawah cahaya wajahMu yang mengubah gelap menjadi terang,dan dengan perintahMu ala mini dan alam akan datang dijadikan..selamatkanlah aku dari kemurkaanMu dan kemarahanMu.kepadaMu sahajalah terpulangnya hari pengadilan..azab yang ditimpakan jika Engkau tidak suka dan tidaj reda..tidak ada daya dan kekuatan selain kuasa dan kekuatanMu..Ya Allah..kau mengetahui bahawa aku ini bukan hambMu yang baik..kau mengetahui bahawa aku ini sentiasa mungkir dalam setiap kata taubatku..kau mengetahui bahawa aku ini lemah dan penuh kekhilafan..ampunkanlah aku..dan orang-orang di sekelilingku..”



Jadi..kita memerlukan kekuatan untuk melayan kerenah kesemua ‘tetamu-tetamu’ tadi..kekuatan rohani,jasmani dan mental..agar  tak putus pengharapan kita kepadaNya..agar setiap perkara yang datang kepada kita dapat menjadi sebahagian daripada tauladan dan pengajaran..supaya ianya tidak menjadi‘orang lalu’ sahaja dalam hidup ini..agar ‘tetamu-tetamu’ yang berziarah ke dalam hidup kita itu dapat kita ‘layan’ dengan penuh bijaksana mengikut masa dan keadaan..

Jom sama-sama kita berdoa dan berharap agar semua ujian dan dugaan yang datang kepada kita dapat ditempuh dengan jayanya..semoga semua mehnah kehidupan ini dapat dilepasi dengan baik..agar ‘tetamu-tetamu’yang akan datang nanti..merasa malu dengan kita..kerana kita sudah membuat persediaan untuk ‘meyambut’kedatangan mereka...

“dengan kitab Allah itu,Allah menunjukkan orang yang mengharapkan keredaanNya kepada jalan selamat dan mengeluarkan mereka dari gelap gelita kedalam terang benderang dengan izinNya.serta menunjuki mereka kejalan yang lurus”(Al Maidah:16)