Assalamualikum wbt...
Ehem2...berhabuk sangat...setelah berbulan-bulan lamanya tiada sebarang perkembangan...Akhirnya, terbuka juga hati untuk menitipkan sesuatu...Sesuatu yang mungkin lahir dari pengalaman kehidupan yang telah dilalui...Semoga bermanfaat buat semua InshaAllah...
Kehidupan manusia sangat berbeza antara satu dengan yang lain...dan perbezaan inilah yang memvariasi dan mengindahkan alam maya ini...tak dapat saya bayang jika kehidupan didunia ini Allah ciptakan sama sahaja...Pasti tiada makna...Sebab itulah Allah menciptakan syurga dan neraka...Untuk memBEZAkan antara yang baik dan yang jahat...memBEZAkan siapa yang taat dan siapa yang ingkar....
''Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup kamu untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu : siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun''
Al-Mulk : 2
Dan Allah menyatakan dalam Al-Quran bahawa Dia mentakdirkan seseorang itu mati ataupun hidup adalah untuk menguji samada kita melaksanakan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang ataupun tidak...Allah ingin melihat amal baik atau jahatkah yang kita lakukan didunia ini...Dan akan sampai waktunya nanti...nyawa kita akan diambil...dalam keadaan kita taat atau ingkar...
Dalam keadaan tertentu...kita akan merasa Allah sangat baik dengan kita...apabila semuanya senang/indah belaka...namun akan tiba masanya kita merasa Allah sangat jahat dengan kita...apabila kita ditimpa ujian/musibah...bahkan kekadang sehingga menyalahkan Dia...Nauzubillah...
Sedarkah kita?segala yang datang kepada kita samada takdir yang baik atau buruk adalah semata-mata untuk memBEZAkan kita dengan orang yang tidak mengenal Allah sebagai Tuhan dan semestinya untuk menguji siapa yang lebih baik amalnya dalam kedua-dua keadaan ini...Jika dia kaya..pemurah...jika miskin sabar...inilah dia rahsianya Allah menjadikan setiap perBEZAan di dunia ini ada rahmatnya...
Tak semua yang kita lihat indah itu baik dan tidak semua yang kita lihat buruk itu tidak baik untuk DIRI KITA...segala yang diperlukan oleh kita berBEZA antara kita...dan Allah memberikan segalanya samada baik atau buruk untuk melengkapkan apa yang kita kekurangan dan untuk memBEZAkan kita antara satu sama yang lain....
Akhirnya...raikanlah setiap peBEZAan yang ada antara kita...Kerana dalam setiap perBEZAan ini...ada rahsia dan rahmat dari Allah yang kadang-kadang tidak kita sangka...
Saya bukanlah orang yang terbaik...namun...berusaha untuk menjadi yang baik dan terbaik...Semoga dunia ini akan lebih harmoni suatu masa nanti dengan segala perBEZAan ini InshaAllah.... :)
SAYA NAK JADI BAIK