Wednesday, 27 June 2012

Belajar dari si kecil


Satu peristiwa yang tragis telah berlaku kat rumah saya 4 hari yang lepas...satu pembaintaian dan pembulian yang sangat la dahsyat telah berlaku...dengan sekelip mata sahaja rumah saya telah menjadi seperti gelanggang wrestling ala WWE...

Meow...meow...meow...lebih kurang macam ni la suara mangsa pembulian itu...hm...

Saya ada bela seekor kucing jantan kat rumah saya...bulu dia berkilat...mungkin assebab daripada makanan kucing yang bapak saya beli kot...segala nutrient-nutrient dan zat besi semua menyerap kat dalam badan kucing ni...sampai dah jadi hensem macam sekarang...



Dalam masa yang sama ada seekor kucing betina datang kat rumah...gaya dia macam mak kucing sebab ada kesan baru lepas melahirkan anak...saya pun bagi la makan...dah memang jadi kebiasaan...kalau ada kucing yang lapar datang,kami akan cuba untuk bagi makan...walaupun kucing tu tak jinak...tak pe,at least ada la jawapan nanti nak jawab kat Tuhan...dan sudah menjadi resmi kucing...kalau kita bagi dia makan...memang kompom dia akan datang balik mintak makan lagi...

Satu pagi,mak kucing tadi datang rumah saya...tapi,dia bukan datang sorang...dia bawak lagi tiga ekor pengikut dia...hahaha



Mak kucing tadi bawak anak dia la datang...tiga ekor anak dia...comel-comel belaka...saya cuba nak tangkap tapi diorang lari pegi belakang rumah...maybe diorang takut kot...
Tiba-tiba,kucing saya yang jantan tadi datang dari belakang...dengan gaya seperti seorang pengintip ataupun penyiasat persendirian...dia terus menerkam anak kucing tadi...dia gigit,dan campak kat tanah...menggigil anak kucing tu...mata dia kuyu...warna putih...lepas tu...dia serang sekor lagi...yang sekor lagi ni dia tak sempat gigit...anak kucing tu jatuh bawah...selamat la,Cuma kaki dia injured...yang ni warna hitam...



Sedihnya hati saya tengok anak kucing ni...menggigil dia...takut bercampur sakit...maknya lari bersama anak yang satu lagi...saya ambik anak kucing ni dan terus bagi minum air kelapa...then,kurung bawah tudung saji...takut-takut kene serang lagi...

Malamnya...mungkin sudah sampai ajal si hitam...dia pergi meninggalkan dunia ini...terus ke syurga...yang putih pulak terbaring...koma...bila saya tekan tengkuk dia...dia mengiow dengan kuat...maybe sakit kot...saya tak boleh buat apa-apa...saya hanya mampu bagi minum susu dan urutkan badan dia ckit-ckit dengan minyak gamat...cewah,macam orang pulak...yang buat lagi sedihnya...mata si putih ni tak berkelip...terbukak je...macam menahan sakit...agaknya dia cuba nak beritahu saya yang dia sakit sangat...dia tak tahan...dengan badan yang kecil...bulu pun tak berapa lebat lagi...dia terpaksa menanggung kesakitan sebegini...tapi,tak boleh la dia keluar suara...”bang,saya sakit bang tadi kene serang dengan kucing abang...”nanti saya lari pulak...

Saya bagi susu hari-hari...urutkan hari-hari...selepas tiga hari...dia dah boleh bangun...dia berusaha jugak untuk bangun...walaupun kepalanya tak boleh nak angkat lagi...kadang-kadang dia berenti kejap,tak lama lepas tu dia bangun lagi...beberapa kali dia jatuh...kemudian dia bangun lagi...betapa dia bersungguh-sungguh untuk bangun walaupun jatuh berkali-kali...alangkah gembiranya hati saya...saya ingatkan dia dah takde peluang nak sembuh...rupa-rupanya tidak...mungkin lagi 2 3 hari dia sembuh...inshaAllah

Sungguh indahnya hidup ni...diserikan hidup kita dengan kasih dan cinta...islam ini diindahkan dengan iman dan cinta...cinta yang teragung adalah cintakan Allah,rasulullah dan ibu bapa...selain itu kita jugak mencintai sesama makhluk...bukan tertakluk kepada manusia sahaja...

Dari Abdullah bin Umar bin Ash,Rasulullah saw bersabda:”orang yang kasih sayang kepada orang lain,maka mereka akan dikasih sayangi oleh Allah...kerana itu kasih sayangilah makhluk yang ada dibumi,nescaya kamu akan dikasih sayangi oleh makhluk yang ada dilangit...”
(riwatyat Abu Dawud dan Tirmizi

“cinta adalah suatu yang manis...tetapi islam menjadikan cinta itu indah...”

Saya percaya yang kucing ini akan membantu saya di hari akhirat kelak...sesungguhnya saya banyak dosa...saya jahat...saya selalu ingkar suruhan Allah...seandainya dikala itu saya hampir dihumbankan ke neraka...saya pasti yang kucing ini akan datang menghadap Allah yang Esa...

“ya Allah ya Tuhan...kau ampunkanlah dia...sesungguhnya dia telah menjaga aku ketika aku sakit didunia dahulu...”

Hidup ini tidak selalunya indah...kadang-kadang kita akan merasa sangat kuat untuk berdiri dan tetap teguh...kadang-kadang kita akan merasa seperti sudah kehabisan peluang untuk bangun kembali selepas jatuh...namun,setiap peristiwa yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmahnya...tidak akan berlaku dengan sia-sia tanpa sebarang pengajaran yang dapat dijadikan ibrah dalam meneruskan keidupan di dunia yang berpuaka ini...



Melalui peristiwa yang berlaku dirumah saya ini saya tahu betapa mahalnya nilai nyawa yang ada dalam diri kita ini...betapa Allah swt sayang akan hambaNya dan mentakdirkan kita menjadi seorang manusia...bukan seekor kucing...betapa mahalnya nilai shahadah yang kita pegang ini...betapa mahalnya nilai kasih sayang yang terbina antara kita sesama manusia...tak kira la...keluarga,mahupun sahabat...betapa mahalnya nilai kasih sayang yang diberikan kepada kita...

Ya Allah...ampunkanlah hambaMu ini...sesungguhnya kami terkadang lupa untuk bersyukur diatas segala nikmat yang Kau berikan...terkadang kami sanggup berkira dengan nikmat yang Kau kurniakan...dan terkadang kami menyoal kembali nikmat yang Kau  curahkan...sedangkan tidak akan dapat kami hitung nikmat itu satu persatu...

“maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”
Surah Ar-Rahman(55:13)

Ya Allah...sesungguhnya hambaMu ini sangat lemah ya Allah...kaubantulah kami ya Allah...bantulah kami untuk menjadi seorang hambaMu yang kuat...teguh...dan tabah menghadapi setiap mehnah dunia ini...Kau tuntunlah kami kejalanMu yang lurus...lindungi kami dari kesesatan dan kemaksiatan...Kau jagalah kami dari bencana dunia dan akhirat,azab dunia dan akhirat...sesungguhnya kami malu untuk meminta padaMu ya Allah...betapa kami ini lebih banyak meminta kepadaMu daripada memujiMu keagunganMu...

Semoga kita semua menjadi hambaNya yang baik dan setia...menjadi hambaNya yang kuat dan tabah...menjadi hambaNya yang sabar dalam setiap ujian yang menimpa...dan menjadi hambaNya yang mampu bangun selepas jatuh tersungkur sekalipun...
Semoga hari kita hari ini lebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini...


Pssst......jangan lupa doakan anak kucing saya sembuh ye...berlari seperti sedia kala...:)

Thursday, 21 June 2012

Bersahabat sampai ke syurga


Tiba-tiba saya teringat kawan-kawan seperjuangan di asasi dulu...Selepas mendapat result spm yang boleh saya cakap...”Alhamdulillah”...Saya sambung belajar di pusat asasi sains universiti malaya ataupun nama glamornya PASUM...mula-mula apply gak biasiswa...tapi,x dapat...yang petronas lagi sedap,bila isi bilangan A...dia keluar statement...harap maaf,bilangan A anda tidak mencukupi”...rasa gelap sekejap dunia ni...macam x laku langsung kalau x dapat straight A...tapi,x pe...ada lagi peluang yang lain...isi upu...tup tup...dapat PASUM...hahaha...PASUM ni antara asasi yang terbaik la kat  negara malaysia yang tercinta ini...product-product PASUM juga tidak kurang hebatnya...



Kehidupan kat universiti sangat mencabar...walaupun belum lagi bergelar mahasiswa...tapi, bahang kesusahan dan kepayahannya telah pun dapat dihidu kerana kami kan tinggal didalam kampus...Jadi sedikit sebanyak cara pembelajaran di universiti diserap dan dipraktikkan dalam cara pembelajaran di asasi...kuliah,tutorial,makmal,peperiksaan...semuanya boleh dikatakan sama dengan mahasiswa di peringkat degree dan seterusnya...Cuma x de assignment la...kan baru asasi...

Jika org Tanya saya ape yang bestnya asasi ni...cara belajar ke??kemudahan??ataupun subjek yang kita belajar??jawapan saya bukan...Bukan itu semua yang menyebabkan asasi ni best...Tapi,perkara yang sangat berharga di sini ialah betapa mahalnya nilai persahabatan itu...



Jika di sekolah dahulu...Kita masih belum mengenal apakah yang dimaksudkan dengan erti persahabatan sebenar...Kita masih lagi tercari-cari dimanakah manisnya persahabatan...apakah kepentingannya seorang sahabat...
Namun,di asasi ini...saya belajar suatu perkara...Dikala saya berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga...Dikala saya kesunyian...Dikala saya kesusahan...Keresahan...Kesedihan...sahabat la menjadi tempat dilepaskan semua masalah itu...sahabat lah yang menjadi teman yang setia mendengar dan memberi nasihat...Sahabat la yang menjadi tempat bergantung dan kebergantungan kehidupan...

Sewaktu di asasi ni...saya selalu bergaduh dengan rakan sebilik saya...padahal...kami dahulu belajar disekolah yang sama...5 tahun bersama-sama...bermula tingkatan satu hingga tingkatan 5...saya yakin yang saya sangat mengenali rakan saya ni...saya yakin saya faham apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka...apa yang dia rasa dan apa yang dia pendam...saya yakin kami mempunyai sifat yang sebulu...



Namun,semua telahan itu meleset...apa yang saya yakinkan itu sangat berbeza dari realiti sebenar...sebenarnya,banyak perkara yang saya tak tahu tentang diri rakan saya ni...rupa-rupanya kami mempunyai perbezaan yang agak ketara disamping ada persamaan...
Bermula dari situ saya selalu bermasam muka dengan dia...saya selalu bergaduh dengan dia...saya tidak bertegur sapa dengan dia...Apa yang kelakarnya ialah...setiap kali kami bergaduh,kami akan minta maaf...kemudian bergaduh lagi...hal ini berulang,berulang dan terus berulang...

Sehingga pada suatu hari,saya bermuhasabah diri saya...apakah yang saya lakukan ini perkara yang betul??sayakah yang bersalah??

Akhirnya saya sedar yang persahabatan itu bukan bergantung kepada berapa lama masa kita mengenali sahabat kita itu...namun,persahabatan yang diredai ialah...apakah yang kita isi dalam waktu bersahabat itu...apakah yang kita kongsikan dengan sahabat kita...

Saya menilai balik keikhlasan hati saya dalam bersahabat...saya menilai kembali...ikhlaskah saya dalam setiap pemberian saya kepada sahabat saya??adakah saya mengharapkan balasan daripadanya??



Saya kemudian menyedari yang saya tidak ikhlas dalam setiap yang saya lakukan...saya sentiasa mengharapkan segala perhatian yang saya beri...segala-galanya akan saya dapatkan semula...saya harap saya boleh merasa dihargai...Oleh itu,mungkin Allah tidak memberi ketenangan dalam hati saya...membuatkan saya sentiasa berasa tidak puas hati dengan rakan sebilik saya...Saya sentiasa tidak tenang...dan sampai tahap tidak mahu bercakap lagi dengannya...

Saya akhirnya sedar yang apa yang saya harapkan itu salah...saya sepatutnya melakukan segala kebaikan bukan untuk mengharapkan apa-apa balasan...saya sepatutnya ikhlas dalam segala amal yang dilakukan...mungkin inilah kelemahan saya yang saya tidak sedari...dan Allah menghantar seorang hambanya kepada saya untuk menyedarkan apa yang tidak benar itu...Allah menghantar sahabat saya untuk membuatkan saya tahu,faham dan sedar sesungguhnya tiada apa yang kan kita dapat jika mengharapkan balasan dalam berbuat baik kepada manusia...

Saya cuba menjadi oarng yang memahami setiap perkara dengan situasi yang berbeza...Akhirnya hubungan kami bertambah erat...sehingga berakhirnya asasi...sehinggalah saya menangis sewaktu berpisah dengannya...sewaktu bas yang saya naiki mula bergerak meninggalkan saya...Segala kenangan pahit dan manis menjelma didepan mata...Hanya doa yang mengiringi perpisahan ini...

sesungguhnya persahabatan itu sangat manis...manisnya persahabatan kerana sikap saling mengambil berat dan mementingkan sahabat lebih dari diri sendiri...indahnya persahabatan kerana hadirnya perselisihan,konflik,bermasam muka dan katidaksamaan dalam menilai diri sahabat kita...cantiknya persahabatan kerana kerinduan kita kepada sahabat kita setelah berpisah...dan harumnya persahabatan apabila persahabatan itu disandarkan kepada iman dan amal kepada Allah swt...



Dalam satu hadis dari nabi saw...antara golongan yang akan mendapat naungan di hari akhirat kelak ialah...dua orang yang berkasih sayang...bertemu dan berpisah kerana Allah...
Saya ingin termasuk dalam golongan tersebut...di waktu tiada naungan lain yang dapat membantu...dikala manusia sedang memikirkan untung nasib diri sendiri...Allah Taala sudah menjanjikan pertolongannya..
.
Dari Abdullah bin Umar bin Ash,Rasulullah saw bersabda:”orang yang kasih sayang kepada orang lain,maka mereka akan dikasih sayangi oleh Allah...kerana itu kasih sayangilah makhluk yang ada dibumi,nescaya kamu akan dikasih sayangi oleh makhluk yang ada dilangit...”
(riwatyat Abu Dawud dan Tirmizi)

Saya ingin memohon maaf kepada rakan sebilik saya semasa di kolej dahulu...hakimiey...kerana cerita ini menjadi bahan dalam penulisan...sesungguhnya banyak jasa anda yang x dapat saya lupakan...segala tangis dan ketawa kita bersama...semoga menjadi saksi dihadapan Allah kelak bahawa kita telah berusaha menjadi sahabat yang baik dan berkasih sayang hanya keranaNya...segala pahit manis bersama x kan saya lupakan...segala peristiwa marah,bermasam muka,tidak bertegur sapa...semoga menjadi tauladan yang berguna untuk kita...segala suka...senyum...gelak tawa,semoga menjadi kenangan indah...

Tidak lupa kepada kawan-kawan yang lain...adli,umair,syamir,pak wan,nadia,ima,aida,marsela,ikram,farhan...dan semuanya...sesungguhnya banyak yang telah saya belajar dari korang semua...saya akan ingat sampai bila-bila...kita berkasih sayang bukan kerana Allah...tetapi kita berkasih sayang HANYA kerana Allah...

“Sahabat yang baik umpama memori yang indah...memori yang indah sentiasa meneangkan dan member semangat”
(saidina Uthman bin Affan)

Kekalkan tali pengikat kita dengan doa rabitah...itulah bukti kencintaan saya kepada korang semua...Semoga persahabatan kita kekal hingga ke syurga...amin...
















Saturday, 16 June 2012

Doa yang hilang...


“Dik,jangan sepak bola tu.Nanti kena cermin  tingkap pecah pulak.”
“zzupp.”...
Prank...
“kan mak dah cakap dah tadi...jangan..degil la kamu ni...”

Ni dialog mak saya masa darjah tiga dulu...saya baru habis mandi...dalam rumah ada bola sepak yang kakak saya belikan...saya berlari nak sepak bola tu...pastu mak cakap macam yang kat atas ni...saya x kesah langsung...saya buat x taw je...dengan sepenuh tenaga macam lepas makan biskut tiger,saya sepak bola tu...dan akhirnya kena sasaran...kena cermin tingkap...tiga sekali pecah...mak saya terus kejar keliling rumah...bila dapat je...terus dia cubit kat peha...biru...3 hari 3 malam baru baik...saya menangis...merajuk dengan mak...saya kan kecik lagi...jangan la marah2...Tapi,hati ibu mana yang x kesian tgk anak dia kesakitan...malam tu...dia yang tolong sapukan ubat kat peha saya...dia yang tiup nak bagi baik cepat...sambil mulut tejampi jampi ckit...hahaha...Dia cakap jangan la degil sangat...

Tapi sekarang dah x de dah dialog macam tu...dah 7 tahun saya tak dengar suara mak...mak saya pergi buat selamanya...tahun 2005...masa tu saya tahun enam...rasa rindu sangat kat mak... suara dia...bebelan dia...marah dia...masakan dia...ketawa dia...senyum dia...
Kadang-kadang saya  tanya diri sendiri...kenapa mak pergi awal sangat...saat saya baru nak kenal siapa diri saya...saat saya nak mengenal dunia yang luar dari kacamata seorang kanak-kanak...saat saya baru ingin menghargai orang-orang yang ada di sekeliling saya...Mak pergi dulu tinggalkan saya...




Namun...baru saya sedar yang semua yang ada di atas muka bumi ini akan diambil nyawanya...semua yang ada ini hak mutlak Yang Maha Berkuasa...tiada apa yang abadi...semua akan pergi...Mungkin tuhan ingin menguji keluarga saya dengan mengambil apa yang kami paling sayang...Atau Tuhan ingin menjadikan kami lebih berdikari dan lebih berusaha untuk menjadi yang lebih  baik...walaupun tanpa mak...dan yang paling penting saya tahu yang tuhan lebih sayangkan mak...Mak bahagia kat sana...bertemu penciptanya...

Secara fitrahnya,kita akan menghargai sesuatu barang apabila barang itu hilang dari pandangan kita...dalam konteks kasih sayang,kita akan merasa sangat kehilangan org itu apabila dia telah pergi meninggalkan kita...kita akan menghargai masa sekolah selepas kita meninggalkan zaman peersekolahan...kita akan menghargai sahabat selepas kita berpisah dengannya...Mungkin,Allah ingin mengajar saya agar lebih  menghargai dan menghargai setiap apa yang ada di sekeliling hidup saya...dan lebih menyayangi setiap orang-orang yang ada bersama saya...Allah ingin mengajar saya apa itu erti kehilangan dan apa itu erti kerinduan...

Oleh itu,hargailah orang tua selagi nyawa masih dikandung badan...kita akan merindui mereka nanti...Jangan dibantah segala kata mereka asalkan tidak menyalahi syariat...Sesungguhnya,reda Allah Taala itu ada pada reda kedua ibu bapa...




Mak...sesungguhnya saya sangat merindui mak...saya ingin memeluk dan mengucup kedua pipi mak...Saya tau doa mak sentiasa mengiringi hidup saya...Saya doakan mak sentiasa mendapat rahmat disisi Tuhan Yang Maha Pengasih...semoga mak di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah...saya yakin akan janji Allah bahawa doa seorang anak itu akan dapat membantu mak yang telah pergi dahulu...Semoga kita berjumpa lagi suatu hari nanti...saya sayang mak sangat-sangat...



Friday, 8 June 2012

Lagu Ungu???


Selaluku  sakiti Engkau dengan dosaku...
Kubalas segala kebaikanMu dengan kekurangan
Tiada pernah kumenyedari semuanya bahawa nafas yang kuhirup adalah kuasaMu
Alhamdulillah…kusyukuri  semua…Terima kasih ya Allah …atas indahnya hidup...
Alhamdulillah…kusyukuri  semua…Terima kasih ya Rabbi…atas rahmat dalam hidupku...



Kurang lebih macam ni la lirik lagu band popular seantero dunia dari seberang...ungu...tajuk lagu ni syukur...kalau tak silap la…mula2 dulu bila saya dengar lagu ni,rase best gile rentak dia...kan macam ala2 natural ckit...ala2 tradisional…tapi...bile dah lame2 dengar..rase malu nak bukak lagu ni..sebab maksud yang penulis lirik ni nak sampaikan sangat2 la berat untuk kita nilai balik diri kita…berapa banyak kita hirup oksigen yang ade kat dunia ni sehari hari??kalau kita kira dari start kita melihat dunia,sampai ke hari ini…saya rase tak cukup nombor dalam kalkulator 2…kalau kita timbang pakai dacing ataupun alat penimbang yang sewaktu dengannya…mahu patah ataupun tercabut spring alat tu...


Kalau kita fikir balik…kita ke yang mintak  untuk hidup sebagai manusia kat dunia ini???kita ke yang mintak untuk mendengar laungan azan ditelinga kanan ataupun iqamah di telinga kiri sesudah kita lahir???Jawapannya…ada pada hati kita semua...

Saya yakin kita semua pernah mendengar ataupun terbaca kisah seorang anak yang membuat list tentang upah yang harus dia terima dari ibunya kerana membantu ibunya  pergi ke kedai untuk membeli barang...”UPAH YANG PERLU IBU BAYAR KAT ADIK”...Agak cun la tajuknya...Namun apabila si ibu membaca list itu...ibunya juga membuat list yang sama di belakang kertas tadi…si ibu menulis tanggungannya ketika mengandungkannya...berjaga malam…bersedih kerana menjaga anaknya itu…menyusukannya dan sebagainya...namun…harganya hanyalah percuma…Tanpa sebarang bayaran…free orang putih kata...
Begitulah juga dengan Allah Taala...kita menghirup oksigen miliknya tanpa bayaran…kita memijak tanah milikNya tanpa bayaran…kita menggunakan cahaya matahari milikNya tanpa bayaran…kita menghayati keindahan bulan milikNya juga tanpa bayaran…Apa yang kita kene buat???hanyalah taat kepadanya…menjalankan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya…Susah ke???

Susah…jawapannya sangat la susah...Cuba kita tanya kawan-kawan ataupun sesiapa sahaja yg kita jumpa...”abg,susah x nak solat?”...”Abg,susah x nak sedekah?”...”Abg,susah x nak senyum?”...ataupun yg paling biasa sekali la...”abg,susah x nak jadi baik?”...saya yakin 120% yg dia akan jawab semua itu susah...”Imam Ghazali memberitahu dalam satu kisah yg sgt masyhur...Ketika beliau berteka teki dgn anak muridnya...perkara yg paling berat dan susah sekali untuk dilaksanakan ialah menunaikan solat...Namun,Allah tau kita ni x kuat...

Sebab itu dalam satu hadis nabi dalam kitab hadis 40 karangan Imam Nawawi menceritakan tentang sifat pengampun Allah...bahkan jika dosa kita setinngi langit...sepenuh bumi pun akan diampunkan oleh Allah Taala…asalkan kita benar2 ingin melangkah kepadaNya...

Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampunimu.
Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.


Allah itu sangat la osem kan…jom kita bersama-sama mencari redaNya...Semoga kita diberi kekuatan untuk taat pada perintahnya dan meninggalkan yang ditegah...Agar kita dapat menggunakan nikmat yang diberikan tanpa tersalah arah...Semoga hati kita ini sentiasa dijaga keikhlasannya dan semoga kita sentiasa ingat akan nikmat yang tidak terhingga dari Allah kepada kita...ucapkanlah Alhamdulillah diatas segalanya...Wallahhualam...






Tuesday, 5 June 2012

Alhamdulillah....

Alhamdulillah...syukur kepada ilahi kerana dengan limpah kurnianya,saya dapat juga memiliki blog sendiri...setelah penat bertanya kepada encik google dan adiknya encik youtube yang sangat la sporting..selawat dan salam diucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menyerahkan seluruh hidupnya untuk memastikan KITA mengucap Dua Kalimah keramat...kalimah syahadah...yang sudah pasti dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka...

Tujuan blog ini adalah untuk bersama kita menimba dan menggali ilmu pengetahuan yang tidak seberapa ini...

Dari Abu Darda' r.a katanya:"saya mendengar Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga."

So,siapa yang tak nak masuk syurga kan...semua orang nak..kalau kita tanya orang yang tidak beriman pun mereka ingin menjadi penghuni syurga...bahkan jika kita tanya kepada penjahat yang paling jahat di dunia ini pun mereka ingin menjadi ahli syurga...

Tapi...senang ke nak masuk syurga???Ada jawapannya...

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu (cubaan) sebagaimana orang terdahulu sebelum kamu..."(Al Baqarah:214)


Marilah kita bersama-sama berebut untuk mencari syurgaNya...syurga di dunia dan di akhirat...inshaAllah...