Alhamdulillah...syukur kepada ilahi kerana dengan limpah kurnianya,saya dapat juga memiliki blog sendiri...setelah penat bertanya kepada encik google dan adiknya encik youtube yang sangat la sporting..selawat dan salam diucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah menyerahkan seluruh hidupnya untuk memastikan KITA mengucap Dua Kalimah keramat...kalimah syahadah...yang sudah pasti dapat menyelamatkan kita dari azab api neraka...
Tujuan blog ini adalah untuk bersama kita menimba dan menggali ilmu pengetahuan yang tidak seberapa ini...
Dari Abu Darda' r.a katanya:"saya mendengar Rasulullah saw bersabda:"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan,allah akan memudahkan untuknya jalan ke syurga."
So,siapa yang tak nak masuk syurga kan...semua orang nak..kalau kita tanya orang yang tidak beriman pun mereka ingin menjadi penghuni syurga...bahkan jika kita tanya kepada penjahat yang paling jahat di dunia ini pun mereka ingin menjadi ahli syurga...
Tapi...senang ke nak masuk syurga???Ada jawapannya...
Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepada kamu (cubaan) sebagaimana orang terdahulu sebelum kamu..."(Al Baqarah:214)
Marilah kita bersama-sama berebut untuk mencari syurgaNya...syurga di dunia dan di akhirat...inshaAllah...
No comments:
Post a Comment