Tiba-tiba saya teringat kawan-kawan seperjuangan di asasi dulu...Selepas
mendapat result spm yang boleh saya cakap...”Alhamdulillah”...Saya sambung
belajar di pusat asasi sains universiti malaya ataupun nama glamornya PASUM...mula-mula
apply gak biasiswa...tapi,x dapat...yang petronas lagi sedap,bila isi bilangan
A...dia keluar statement...”harap maaf,bilangan A
anda tidak mencukupi”...rasa gelap sekejap dunia ni...macam x laku
langsung kalau x dapat straight A...tapi,x pe...ada lagi peluang yang
lain...isi upu...tup tup...dapat PASUM...hahaha...PASUM ni antara asasi yang
terbaik la kat negara malaysia yang
tercinta ini...product-product PASUM juga tidak kurang hebatnya...
Kehidupan kat universiti sangat mencabar...walaupun belum lagi
bergelar mahasiswa...tapi, bahang kesusahan dan kepayahannya telah pun dapat
dihidu kerana kami kan tinggal didalam kampus...Jadi sedikit sebanyak cara
pembelajaran di universiti diserap dan dipraktikkan dalam cara pembelajaran di
asasi...kuliah,tutorial,makmal,peperiksaan...semuanya boleh dikatakan sama
dengan mahasiswa di peringkat degree dan seterusnya...Cuma x de assignment la...kan
baru asasi...
Jika org Tanya saya ape yang bestnya asasi ni...cara belajar
ke??kemudahan??ataupun subjek yang kita belajar??jawapan saya bukan...Bukan itu
semua yang menyebabkan asasi ni best...Tapi,perkara yang sangat berharga di
sini ialah betapa mahalnya nilai persahabatan itu...
Jika di sekolah dahulu...Kita masih belum mengenal apakah yang
dimaksudkan dengan erti persahabatan sebenar...Kita masih lagi tercari-cari
dimanakah manisnya persahabatan...apakah kepentingannya seorang sahabat...
Namun,di asasi ini...saya belajar suatu perkara...Dikala saya
berjauhan dengan ibu bapa dan keluarga...Dikala saya kesunyian...Dikala saya
kesusahan...Keresahan...Kesedihan...sahabat la menjadi tempat dilepaskan semua
masalah itu...sahabat lah yang menjadi teman yang setia mendengar dan memberi
nasihat...Sahabat la yang menjadi tempat bergantung dan kebergantungan
kehidupan...
Sewaktu di asasi ni...saya selalu bergaduh dengan rakan sebilik
saya...padahal...kami dahulu belajar disekolah yang sama...5 tahun
bersama-sama...bermula tingkatan satu hingga tingkatan 5...saya yakin yang saya
sangat mengenali rakan saya ni...saya yakin saya faham apa yang dia suka dan
apa yang dia tidak suka...apa yang dia rasa dan apa yang dia pendam...saya
yakin kami mempunyai sifat yang sebulu...
Namun,semua telahan itu meleset...apa yang saya yakinkan itu
sangat berbeza dari realiti sebenar...sebenarnya,banyak perkara yang saya tak
tahu tentang diri rakan saya ni...rupa-rupanya kami mempunyai perbezaan yang
agak ketara disamping ada persamaan...
Bermula dari situ saya selalu bermasam muka dengan dia...saya
selalu bergaduh dengan dia...saya tidak bertegur sapa dengan dia...Apa yang
kelakarnya ialah...setiap kali kami bergaduh,kami akan minta maaf...kemudian
bergaduh lagi...hal ini berulang,berulang dan terus berulang...
Sehingga pada suatu hari,saya bermuhasabah diri saya...apakah
yang saya lakukan ini perkara yang betul??sayakah yang bersalah??
Akhirnya saya sedar yang persahabatan itu bukan bergantung
kepada berapa lama masa kita mengenali sahabat kita itu...namun,persahabatan yang
diredai ialah...apakah yang kita isi dalam waktu bersahabat itu...apakah yang
kita kongsikan dengan sahabat kita...
Saya menilai balik keikhlasan hati saya dalam bersahabat...saya
menilai kembali...ikhlaskah saya dalam setiap pemberian saya kepada sahabat
saya??adakah saya mengharapkan balasan daripadanya??
Saya kemudian menyedari yang saya tidak ikhlas dalam setiap yang
saya lakukan...saya sentiasa mengharapkan segala perhatian yang saya
beri...segala-galanya akan saya dapatkan semula...saya harap saya boleh merasa
dihargai...Oleh itu,mungkin Allah tidak memberi ketenangan dalam hati
saya...membuatkan saya sentiasa berasa tidak puas hati dengan rakan sebilik
saya...Saya sentiasa tidak tenang...dan sampai tahap tidak mahu bercakap lagi
dengannya...
Saya akhirnya sedar yang apa yang saya harapkan itu salah...saya
sepatutnya melakukan segala kebaikan bukan untuk mengharapkan apa-apa
balasan...saya sepatutnya ikhlas dalam segala amal yang dilakukan...mungkin
inilah kelemahan saya yang saya tidak sedari...dan Allah menghantar seorang
hambanya kepada saya untuk menyedarkan apa yang tidak benar itu...Allah
menghantar sahabat saya untuk membuatkan saya tahu,faham dan sedar sesungguhnya
tiada apa yang kan kita dapat jika mengharapkan balasan dalam berbuat baik kepada
manusia...
Saya cuba menjadi oarng yang memahami setiap perkara dengan
situasi yang berbeza...Akhirnya hubungan kami bertambah erat...sehingga
berakhirnya asasi...sehinggalah saya menangis sewaktu berpisah
dengannya...sewaktu bas yang saya naiki mula bergerak meninggalkan
saya...Segala kenangan pahit dan manis menjelma didepan mata...Hanya doa yang
mengiringi perpisahan ini...
sesungguhnya persahabatan itu sangat manis...manisnya
persahabatan kerana sikap saling mengambil berat dan mementingkan sahabat lebih
dari diri sendiri...indahnya persahabatan kerana hadirnya perselisihan,konflik,bermasam
muka dan katidaksamaan dalam menilai diri sahabat kita...cantiknya persahabatan
kerana kerinduan kita kepada sahabat kita setelah berpisah...dan harumnya
persahabatan apabila persahabatan itu disandarkan kepada iman dan amal kepada
Allah swt...
Dalam satu hadis dari nabi saw...antara golongan yang akan
mendapat naungan di hari akhirat kelak ialah...dua orang yang berkasih
sayang...bertemu dan berpisah kerana Allah...
Saya ingin termasuk dalam golongan tersebut...di waktu tiada
naungan lain yang dapat membantu...dikala manusia sedang memikirkan untung
nasib diri sendiri...Allah Taala sudah menjanjikan pertolongannya..
.
Dari Abdullah bin Umar bin Ash,Rasulullah saw bersabda:”orang
yang kasih sayang kepada orang lain,maka mereka akan dikasih sayangi oleh
Allah...kerana itu kasih sayangilah makhluk yang ada dibumi,nescaya kamu akan
dikasih sayangi oleh makhluk yang ada dilangit...”
(riwatyat Abu Dawud dan Tirmizi)
Saya ingin memohon maaf kepada rakan sebilik saya semasa di
kolej dahulu...hakimiey...kerana cerita ini menjadi bahan dalam penulisan...sesungguhnya
banyak jasa anda yang x dapat saya lupakan...segala tangis dan ketawa kita
bersama...semoga menjadi saksi dihadapan Allah kelak bahawa kita telah berusaha
menjadi sahabat yang baik dan berkasih sayang hanya keranaNya...segala pahit
manis bersama x kan saya lupakan...segala peristiwa marah,bermasam muka,tidak
bertegur sapa...semoga menjadi tauladan yang berguna untuk kita...segala
suka...senyum...gelak tawa,semoga menjadi kenangan indah...
Tidak lupa kepada kawan-kawan yang lain...adli,umair,syamir,pak
wan,nadia,ima,aida,marsela,ikram,farhan...dan semuanya...sesungguhnya banyak
yang telah saya belajar dari korang semua...saya akan ingat sampai
bila-bila...kita berkasih sayang bukan kerana Allah...tetapi kita berkasih
sayang HANYA kerana Allah...
“Sahabat yang baik umpama memori yang indah...memori yang indah
sentiasa meneangkan dan member semangat”
(saidina Uthman bin Affan)
Kekalkan tali pengikat kita dengan doa rabitah...itulah bukti
kencintaan saya kepada korang semua...Semoga persahabatan kita kekal hingga ke
syurga...amin...
No comments:
Post a Comment